Saturday, April 17, 2010

secangkir kopi ekspreso 2

Malam-malam yang dilalui Daniel sangat berbeza, tiada lagi mimpi indah yang menghiasi tidurnya sejak 'pertemuan indah' hari tu. Daniel tidak dapat tidur dengan nyenyak sejak dilanggar lari oleh gadis bertopi, not RM 50 yang dihulurkan juga masih tersimpan kemas, bukan sayang untuk menggunakan wang yang diberikan namun niat hatinya untuk memulangkan kembali wang si gadis. Timbul satu penyesalan dengan kata-kata sinis terhadap si gadis walhal dia telah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Kata-kata si gadis padanya malam itu menjadi satu tanda tanya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berteriak nyaring. Lagu nyanyian Breaking Benjamin memecah kesunyian isi bilik. Di skrin telefon tertera nama yang tidak disukai.

“Ape la minah ni nak malam-malam buta ni,” gumamnya.

“Hello. Erm. No, I’m not going to be here tomorrow night. Yes. Maybe next time. K, bye.” Talian ditamatkan. Daniel merebahkan badannya ke atas tilam. Kepala nya ligat memikirkan kerja-kerja yang harus diselesaikan esoknya dan malamnya dia akan ke London untuk menyelesaikan urusan pejabat di sana. Matanya menjeling jam dinding. Ah, it’s almost 3 a.m and i can’t even fall asleep.
********
Di satu sudut taman permainan, Nia termenung sendirian. Fikirannya berkecamuk. Kejadian tempoh hari masih segar dalam kotak ingatannya, kata-kata yang dilemparkan juga masih terngiang-ngiang.
“I’m glad you’re here Nia. Well, let me introduce you to my fiancee.”Nia menelan liur. Dengan bangga dan tiada sekelumit pun rasa bersalah Hariz memperkenalkan tunangnya.
“Hi, I’m Nia.” Salam perkenalan dihulurkan. Dia kuatkan hati untuk melemparkan sebuah senyuman ikhlas namun dia tahu senyuman yang terukir tampak plastik.
“How long has it been?”
“It has been almost a year. Lagipun she’s far better than you. Look at you? Tak mungkin i nak kawen dengan you,” kelihatan senyuman kepuasan terukir dibibir sang kekasih.
“Well, congratulations for the engagement and thanks for the compliment.” Ujar Nia dan berlalu pergi.

Dia tidak menyangka cinta yang dipertahankan hanyalah mainan Cuma bagi Hariz. Apakah dia yang bersalah atau dia dipersalahkan diatas masa yang dipinta untuk dia benar-benar bersedia? Air mata kembali menodai pipi gebunya. Kalau dulu begitu sukar bagi Nia Damia untuk menitiskan walaupun setitik air mata namun kini air mata hadir tanpa diundang.
Pada siapa harus dikongsi keperitan rasa yang ditanggung ini. Pada siapa harus ditangisi kekejian hati seorang lelaki yang pernah menaburkan janji-janji manis. Pada siapa harus diluahkan segala rasa yang mencengkam hati ini. Dia tiada hala tuju. Di taman permainan itulah dia mendapat ketenangan. Beralaskan rumput yang segar dan kegelapan langit malam, bertemankan bintang-bintang yang berkilauan, pada angin lalu segala keperitan diluahkan, pada bintang-bintang dia berkongsi segala rasa yang terpendam dan memakan jiwa wanitanya dan merekalah saksi kejatuhan Nia Damia, merekalah saksi kesedihan Nia Damia dan mereka jugalah yang menemani malam-malam Nia Damia.

********
Pagi itu Nia ke pejabat seperti biasa. Riak wajahnya bersahaja dan lebih tenang berbanding semalam. Segala urusan pejabat harus diselesaikan dengan kadar segera memandangkan dia hanya ada seminggu sahaja untuk menyiapkan segala tugasan yang ada sebelum menyerahkan tugas-tugasnya kepada Aiman, Penolong Pengurus yang baru dilantik.
“Miss Nia,” tegur Amy, setiusaha Nia.
“Yes Amy?”
“You have an appointment with Datuk Azman at 3 p.m. “
“Aduh, thanks Amy for reminding me. Totally forgot about the appointment,” sebuah senyuman terukir dibibir mulusnya.
Nia cepat-cepat menyusun kertas-kertas kerja yang berselerak diatas meja pejabat dan fail-fail yang bertaburan disusun rapi di rak yang disediakan. Tangannya pantas mencapai kunci kereta dan purse dan akhirnya dia hilang disebalik pintu lif.
“I’m sorry Datuk. Tadi saya sibuk siapkan kerja-kerja saya sampai terlupa ada temu janji dengan Datuk,”
“It’s okay. Bukannya saya kenal kamu baru hari ni Nia. By the way, have a seat.”
“Nia, you have been working under me for quite sometimes now and i don’t think that there’ll be other suitable candidate for the position.” Nia tidak dapat menangkap maksud bicara Datuk Azman. Keningnya dikerutkan. Dasyat.
“Maksud Datuk?”
“Well, i want you to be the project manager for our project in Edinburgh. Projek kat sana akan makan masa lebih kurang 3 ke 4 tahun. Saya harap awak akan terima tawaran ni.”
“Sounds good to me, why not?”
“Sure? Kalau Nia setuju, then tomorrow you’ll take the first flight to Edinburgh.”
“Ish tak boleh macam tu Datuk. Saya kena selesaikan urusan saya kat sini dulu then baru boleh ke sana. Kesian pulak kat Aiman nanti nk kena pick up kerja-kerja saya.” Kopi ekspreso yang masih panas di hirup perlahan.
“Next week then?” Nia mengangguk tanda setuju.

No comments: