Saturday, April 17, 2010

secangkir kopi ekspreso 3

[criminal] : salam makcik!!

[blue_plu] : w'salam... ape cer?
[criminal] : aku xde cer.. skunk duk kje.. curik tulang ayam sket... pale ngah serabai ni... pekena kopi pon sodap... haha

[blue_plu] : poi la pekena kopi...

[blue_plu] : ei brader, next wik aku xde on9 aw.. aku kne tukar tempat kje.. haha...

[criminal] : mane ko nk pegi makcik... ko ade masalah ke? ade citer r.. leh kongsi...

[blue_plu] : ak nk bawak diri r... haha... hatiku hancuss.. hahaha...

[criminal] : pape pon leh story je kat aku... ak xde kesah punye...

[blue_plu] : nnt ade masa aku story... pape pon ko take care r wey.. nnt rindu2 ler kat aku... huhu~~

[criminal] : tiap hari pon aku rindu ko makcik!!

[blue_plu] : aku nk tanya sket, laki ni mmg semua keji ke?

[criminal] : sal ko tny gitu? ape yg laki da buat kat ko? aku mb jahat la tp aku xkeji.. xtaw la laki yang ko mksdkn tu camne...

[blue_plu] : entah la wey... aku semak r.. haha...

[criminal] : pegi r pekena kopi... kompem ko xsemak lagi... aku lagi semak ni... mak aku suh aku kawen.. mane aku nk carik bini...

[blue_plu] : ko g la wat iklan kat mudah.my... tulis situ mencari bakal isteri... kan sonang....

[criminal] : byk r ko... aku kawen ngn ko je la makcik...

[blue_plu] : banyak ko punye kawen.. ahad ni pon aku nk fly... ni kan nk kawen ngn ko....

[criminal] : ahad ni? asal cepat sangat wey? ko xsayang aku ke? wuu~wuu~~ nnt aku nk ngusik spew lagi.... :(

[blue_plu] : cari la awek bai... ko kan ensem...wakakakaka.....

[criminal : mane ko taw aku ensem???

[blue_plu] : instinct...haha

[criminal] : wa ckp lu, wa mmg ensem... stakat Brad Pitt tu wa tolak tepi je... wakakakakaka

[blue_plu] : poyo siot... oit.. ok r... wa nk balik dlu... penat la hari ni.. keje byk giler...

[criminal] : k.. jln leklok.. kang jatuh pepandai r bangun ye...

[blue_plu] : ye la tok... salam

*****
Jam sudah menunjukkan waktu sudah menghampiri 2 pagi ketika Nia sampai di rumah. Alhamdulillah, perjalanannya dari ofis ke rumah lancar. Badannya sengal-sengal akibat terlalu lama menghadap kertas-kertas kerja. Akhirnya, kerja-kerja yang patut disiapkan dalam masa seminggu sudah selesai. Kini berbaki beberapa hari lagi sebelum dia berangkat ke Edinburgh, dapat la dia buat persediaan rapi untuk menghadapi musim sejuk apabila tiba disana nanti. Esok merupakan hari terakhir dia menjejakkan kaki ke ruang pejabat nya sebelum dia berangkat ke Edinburgh selama 4 tahun.

Jauh disudut hatinya dia sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah air nya namun dia pasrah. Mungkin jarak yang bakal memisahkan dia dan kenangan silamnya sedikit sebanyak dapat membantu dirinya untuk melupakan kejadian-kejadian yang menghiris hati. Berjauhan dengan keluarga merupakan perkara yang paling perit. Selama 23 tahun dia hidup, tidak pernah dia berjauhan dengan keluarganya walaupun sesibuk mana mama dan papa nya, walau pun hanya sedikit masa diluangkan untuk dirinya namun kehadiran mereka berdua cukup bermakna bagi dirinya.

Sedang asyik dia mengelamun, tiba-tiba kedengaran suara Keisha melalak-lalak. Dengan pantas dia mencapai telefon bimbitnya. Diskrin tertera satu nama yang amat dibenci. Mesej yang dikirimkan dibaca dengan malas.

' Invitation to My wedding Reception, Sunday 21 Jan, at 8 p.m. Hilton Ballroom, TQ. From Hariz and Nadia.'

Telefon yang tidak bersalah itu dihempaskan ke dinding. Hancur berkecai telefon bimbitnya sebagaimana hancur hatinya saat itu. Air mata berlinang buat kesekian kalinya. Badannya yang lemah itu dilemparkan keatas tilam, tangannya meraba-raba bantal lalu ditekap ke muka. Akhirnya Nia terlena dalam tangis yang menghiris hati.

secangkir kopi ekspreso 2

Malam-malam yang dilalui Daniel sangat berbeza, tiada lagi mimpi indah yang menghiasi tidurnya sejak 'pertemuan indah' hari tu. Daniel tidak dapat tidur dengan nyenyak sejak dilanggar lari oleh gadis bertopi, not RM 50 yang dihulurkan juga masih tersimpan kemas, bukan sayang untuk menggunakan wang yang diberikan namun niat hatinya untuk memulangkan kembali wang si gadis. Timbul satu penyesalan dengan kata-kata sinis terhadap si gadis walhal dia telah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Kata-kata si gadis padanya malam itu menjadi satu tanda tanya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berteriak nyaring. Lagu nyanyian Breaking Benjamin memecah kesunyian isi bilik. Di skrin telefon tertera nama yang tidak disukai.

“Ape la minah ni nak malam-malam buta ni,” gumamnya.

“Hello. Erm. No, I’m not going to be here tomorrow night. Yes. Maybe next time. K, bye.” Talian ditamatkan. Daniel merebahkan badannya ke atas tilam. Kepala nya ligat memikirkan kerja-kerja yang harus diselesaikan esoknya dan malamnya dia akan ke London untuk menyelesaikan urusan pejabat di sana. Matanya menjeling jam dinding. Ah, it’s almost 3 a.m and i can’t even fall asleep.
********
Di satu sudut taman permainan, Nia termenung sendirian. Fikirannya berkecamuk. Kejadian tempoh hari masih segar dalam kotak ingatannya, kata-kata yang dilemparkan juga masih terngiang-ngiang.
“I’m glad you’re here Nia. Well, let me introduce you to my fiancee.”Nia menelan liur. Dengan bangga dan tiada sekelumit pun rasa bersalah Hariz memperkenalkan tunangnya.
“Hi, I’m Nia.” Salam perkenalan dihulurkan. Dia kuatkan hati untuk melemparkan sebuah senyuman ikhlas namun dia tahu senyuman yang terukir tampak plastik.
“How long has it been?”
“It has been almost a year. Lagipun she’s far better than you. Look at you? Tak mungkin i nak kawen dengan you,” kelihatan senyuman kepuasan terukir dibibir sang kekasih.
“Well, congratulations for the engagement and thanks for the compliment.” Ujar Nia dan berlalu pergi.

Dia tidak menyangka cinta yang dipertahankan hanyalah mainan Cuma bagi Hariz. Apakah dia yang bersalah atau dia dipersalahkan diatas masa yang dipinta untuk dia benar-benar bersedia? Air mata kembali menodai pipi gebunya. Kalau dulu begitu sukar bagi Nia Damia untuk menitiskan walaupun setitik air mata namun kini air mata hadir tanpa diundang.
Pada siapa harus dikongsi keperitan rasa yang ditanggung ini. Pada siapa harus ditangisi kekejian hati seorang lelaki yang pernah menaburkan janji-janji manis. Pada siapa harus diluahkan segala rasa yang mencengkam hati ini. Dia tiada hala tuju. Di taman permainan itulah dia mendapat ketenangan. Beralaskan rumput yang segar dan kegelapan langit malam, bertemankan bintang-bintang yang berkilauan, pada angin lalu segala keperitan diluahkan, pada bintang-bintang dia berkongsi segala rasa yang terpendam dan memakan jiwa wanitanya dan merekalah saksi kejatuhan Nia Damia, merekalah saksi kesedihan Nia Damia dan mereka jugalah yang menemani malam-malam Nia Damia.

********
Pagi itu Nia ke pejabat seperti biasa. Riak wajahnya bersahaja dan lebih tenang berbanding semalam. Segala urusan pejabat harus diselesaikan dengan kadar segera memandangkan dia hanya ada seminggu sahaja untuk menyiapkan segala tugasan yang ada sebelum menyerahkan tugas-tugasnya kepada Aiman, Penolong Pengurus yang baru dilantik.
“Miss Nia,” tegur Amy, setiusaha Nia.
“Yes Amy?”
“You have an appointment with Datuk Azman at 3 p.m. “
“Aduh, thanks Amy for reminding me. Totally forgot about the appointment,” sebuah senyuman terukir dibibir mulusnya.
Nia cepat-cepat menyusun kertas-kertas kerja yang berselerak diatas meja pejabat dan fail-fail yang bertaburan disusun rapi di rak yang disediakan. Tangannya pantas mencapai kunci kereta dan purse dan akhirnya dia hilang disebalik pintu lif.
“I’m sorry Datuk. Tadi saya sibuk siapkan kerja-kerja saya sampai terlupa ada temu janji dengan Datuk,”
“It’s okay. Bukannya saya kenal kamu baru hari ni Nia. By the way, have a seat.”
“Nia, you have been working under me for quite sometimes now and i don’t think that there’ll be other suitable candidate for the position.” Nia tidak dapat menangkap maksud bicara Datuk Azman. Keningnya dikerutkan. Dasyat.
“Maksud Datuk?”
“Well, i want you to be the project manager for our project in Edinburgh. Projek kat sana akan makan masa lebih kurang 3 ke 4 tahun. Saya harap awak akan terima tawaran ni.”
“Sounds good to me, why not?”
“Sure? Kalau Nia setuju, then tomorrow you’ll take the first flight to Edinburgh.”
“Ish tak boleh macam tu Datuk. Saya kena selesaikan urusan saya kat sini dulu then baru boleh ke sana. Kesian pulak kat Aiman nanti nk kena pick up kerja-kerja saya.” Kopi ekspreso yang masih panas di hirup perlahan.
“Next week then?” Nia mengangguk tanda setuju.

Friday, April 16, 2010

secangkir kopi ekspreso...

Jeritan nyaring telefon mengganggu tidurnya yang lena. Dengan mata yang masih terkatup rapat, tangannya meraba-raba meja disisi katilnya dan akhirnya bingit telefon dimatikan dan dia kembali menyambung lena yang terganggu sebentar tadi.

Tok tok

Pintu biliknya diketuk, bagaikan nak roboh pintu bilik diketuk entah oleh siapa. Matanya masih lagi berat, dengan malas dia bangun menuju ke pintu bilik. Daun pintu dikuak, malas. Mata yang tadinya seberat alam kini meluas melihat seraut wajah yang sedang memandang seperti singa kelaparan.
"Kamu tak reti nak bangun ke?!" bagaikan halilintar menyambar ke telinga. Terkebil-kebil matanya memandang wajah ibunda tercinta yang sedang marah akibat kelewatan dan keterlanjuran tidurnya.

"Erm......" kelu.
"Dah, pergi siap-siap! Da setengah jam papa tunggu kamu kat bawah!" arahan diterima namun tak dapat diproses dengan sempurna.

"Nak g mana, ma?"
"Bukan kamu da janji ke dengan papa nak g ofis hari ni?" 

Ya Allah, macam mana boleh lupa ni, patot la si Chris Brown melalak pagi-pagi buta tadi.
"Cakap ngan papa, 10 min Nia siap," dan dia tersenyum seperti kerang busuk.

************************************** 
[criminal] : oit mak cik!!

[blue_plu] : waalaikumsalam
[criminal] : eh assalamualaikum.. ape cer? lame xon9 mane ilang?

[blue_plu] : bz ah.. maklom la da kje...wakakaka... ko per cer?
[criminal] : gini la, sebok gak.. maklom la kje jadi kuli orang mmg gini...

[blue_plu] : da aku ni kje kuli ape? kuli lembu ke? 
[criminal] : ko tu kuli batak...wakakakak.... 

[blue_plu] : haha..klaka beb.... lame dow xchat ngn lu...
[criminal] : gini la wa.. hahah... oi..oi.. wa calo dlu... bos panggil wa.. salam

**************************************
"Assalamualaikum, ma"

"Waalaikumsalam" tangan Puan Maya disalami.
"Apa mimpi kamu balik Daniel?" sindir Puan Maya. Bukan tidak menyenangi kepulangan Daniel Iskandar tapi sukar benar untuk anak terunanya pulang kerumah andai tiada apa-apa.

"Saje balik, kenapa ma? Daniel da tak boleh balik umah mama ke?"

"Ish kesitu pulak kamu ni."
"Ma, papa ada?"

"Papa kamu belum balik lagi. Kejap-kejap lagi balik la dia, kenapa?"
"Rindu nak makan dengan mama and papa," Daniel tersenyum macam kerang busuk.

"Erm, pergi la mandi-mandi dulu, nanti mama call papa minta dia balik awal sikit. Ni berapa lama kamu cuti?"
"Seminggu ma. Niel tinggal sini boleh?"

"Erm, bagusla gitu. Mama dengan papa pun ada hal nak bincang dengan kamu."

"Hal ape?" dahinya dikerutkan.

"Kamu pergi mandi dulu, tunggu lepas makan nanti kita bincang."

"Yelah."

**********************************************
Kepalanya masih ligat memikirkan kata-kata mama. Dia keliru, patut ke dia setuju dengan cadangan mama dengan papa. Sukar untuk dia terima cadangan tu tapi atas rasa hormat dia tidak pula melawan.

"Ah, kompius! Kompius!" tilam empuk menjadi mangsa hentakan penumbuknya.

Jam Swatch ditangan diperhatikan. 

"Masih belom terlambat untuk pekena kopi" gumamnya. Kunci kereta dicapai. Dia mengatur langkah laju menuju ke keretanya. Laju keretanya menyusur jalanraya yang tidak pernah tidur. Tempat yang dituju hanya satu, Coffee Bean, port idaman disaat dan ketika kepalanya berselirat dengan permasalahan.

Setelah berpenat lelah menyusuri jalanraya, akhirnya dia berjaya mendapatkan secawan kopi kegemaran. Hatinya girang berbunga-bunga dan segala permasalahan yang melanda bagaikan hilang seketika setelah menghidu aroma kopi yang wangi dan menyegarkan. Langkahnya disusun menuju ke carpark dan tercalit sebuah senyuman kepuasan diwajahnya.

Buk!! 

Seorang gadis kecil molek terlanggar Daniel. Habis tumpah secawan kopi kegemaran tanpa sempat dinikmati.

"I'm sorry..." tangannya pantas mencapai tisu lalu mengelap baju Daniel yang telah basah.

"Hello miss... lain kali jalan hati-hati. Pandang depan tau jgn duk pandang bawah ke atas ke kiri ke kanan ke..." sindir Daniel lalu merentap tisu dari tangan gadis itu.

"I'm sorry. Saya bukan sengaja. Andaikata saya mengetahui yang encik ni begini, saya rasa tak perlu kot saya minta maaf." tangan gadis itu pantas mencapai wallet lalu dihulurkan not RM50 kepada Daniel.

"What for?" Daniel kehairanan.

"Ganti rugi." dan gadis itu berlalu tanpa sempat Daniel berkata apa-apa. 




Friday, December 18, 2009

BINGKISAN RASA HATI NAN TUA


Hujan yang seketika tadi telah reda kini mulai melebat seakan-akan mengerti akan kesedihan yang terbuku dihati tua itu. Walaupun pada luarannya dia tampak riang gembira dengan senyuman yang dilemparkan namun jauh disudut hatinya, tiada siapa yang tahu akan segala rasa yang ditanggung oleh hati usangnya. Senyuman manis yang terukir dibibir tua itu tidak dapat menutup kemalapan sinar mata yang telah dimamah usia. Hujan yang melebat di luar sana bagaikan memberi gambaran mengenai himpitan rasa hati seorang tua yang memahami akan perpisahan yang bakal terjadi, mengerti akan kesunyian yang bakal mendatang setelah berjauhan dengan suara-suara lunak yang menghiasi kesunyian isi rumahnya setelah dia kehilangan suami tercinta, mengerti akan kehilangan hilai tawa keriangan yang sering bergema di pondok usangnya, dan mengerti akan kehilangan ranting nan satu tempat dia berpaut untuk mencari sisa kekuatan yang kini semakin layu dimamah usia nan senja. Wajah anak-anak kecil yang selama ini telah melakarkan seribu satu warna pada senyuman diwajah tua itu bakal pergi dan berjauhan dan jarak itulah yang membuatkan hati tuanya gusar. Dirinya yang semakin dimamah usia itu risau akan kehilangan segala warna-warni kehidupan yang selama ini menceriakan hari-hari terakhirnya, bimbang akan kehilangan hilai, tawa dan tangis mereka buat selama-selamanya. Dirinya bimbang usia yang semakin meningkat ini tidak akan membenarkannya menunggu kepulangan cahaya yang menerangi segenap ruang hatinya. 4 tahun, andainya dirinya masih remaja, jangka masa itu tidaklah terlalu lama namun bagi dirinya yang sudah berada dihujung garisan senja, 4 tahun itu dirasakan seperti selamanya. Mata bundarnya memandang sayu satu per satu wajah kecil yang selama ini telah menghiasi isi rumahnya, si cilik yang senantiasa mengubati hatinya dikala sunyi bertandang. Satu per satu wajah kecil itu dipandang disaat mereka melangkah menjauh sambil tangan mereka lambaikan sebagai isyarat bahawa perpisahan kian mendekat dan semakin menghampiri dengan setiap langkah yang diatur. Titisan-titisan jernih mulai kelihatan, menodai wajah yang dihiasi seribu satu kedutan. Dan kini, setelah bayang-bayang mereka menghilang, yakinlah dirinya bahawa perpisahan telahpun menjengahnya.


p/s: based on a true story